Make your own free website on Tripod.com
Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah - Menyingkap Tabir

Tugu Kurshiah

Pada tanggal 11 Ogos 1962, bermulalah detik bersejarah perasmian pembukaan Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah ini yang dulunya dikenali sebagai "Third Residential College". Diwartakan kepada namanya sekarang bersempena dengan lawatan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong, Tuanku Ampuan Kurshiah pada awal tahun 80-an semasa Dr. Rahimah Bujang bertanggungjawab sebagai Pengetua Kolej.

Pengetua pertama kolej ini ialah Puan Emily Sandosham dan beliau dibantu oleh tiga orang penyelia untuk mentadbir kolej. Pada mulanya kolej ini hanya mempunyai tiga blok penghuni iaitu blok A,B dan C yang kesemuanya adalah asrama yang dikhaskan untuk penghuni siswi. Bilik-bilik di blok A pada asalnya merupakan bilik yang dikhaskan untuk seorang penghuni sahaja.Kemudiannya ia telah ditukar kepada sistem dua orang penghuni bagi setiap bilik.Pada tahun 1969,blok E telah didirikan dan menempatkan seramai 106 penghuni siswa.

Pada asalnya kolej ini hanya dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bilik bacaan (kini telah bertukar fungsi menjadi surau ) bilik tetamu (kini bilik bacaan) ,dewan makan ,bilik rehat,dan gelanggang badminton.Dewan makan Kolej ini adalah antara dewan makan yang terunik di Universiti Malaya,bumbungnya dibina seperti kubah bersegi lapan seperti rekabentuk bumbung masjid negara.

blokc.jpg

Gambar atas : Pandangan hadapan Blok C yang juga merupakan bangunan pentadbiran.

Seiring dengan pembinaan blok E pada tahun 1969, Kolej Tunku Kurshiah terus menampakkan perubahan dengan terbinanya gelanggang bola keranjang, sepaktakraw dan bola tampar.Ini disusuri pula denagn pembinaan gelanggang tennis pada tahun 1972.Gelanggang bola jaring dimana tapak asalnya di gelanggang tennis telah dipindahkan ke bersebalahan blok B.Pada tahun yang sama kolej ini juga telah dilengkapi dengan sistem interkom yang termoden ketika itu.

Sekitar tahun 1980-an, usaha untuk mengindah dan melengkapkan kemudahan di kolej ini lebih menampakkan kemajuan dengan tertubuhnya kelab komputer pertama di Univrsiti Malaya .Selain itu, sudut kreatif telah dibina pada tahun 1985 bagi mengembangkan kreativiti para penghuni.Pada tahun 1988, Bilik Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) yang pada asalnya terletak di bilik mesyuarat telah ditukarkan ke sebuah bilik yang berdekatan dengan dewan makan, ini bagi memudahkan lagi pihak JTK untuk berurusan dengan penghuni kolej.Pada tahun berikutnya , pagar batu bahagian hadapan asrama telah dibina bagi melengkapkan lagi usaha mengindahkan kawasan kolej.

Sehingga kini usaha mengindah dan melengkapkan kemudahan kolej kediaman ketiga tidak pernah berhenti, dan usaha telah menampakkan hasilnya dengan terbinanya kemudahan-kemudahan seperti pusat IT, Laman pidato dan Pejabat pengurusan yang baru yang kesemuanya dibina pada tahun 2000.




Home | Tabir Kurshiah | Akademik | Kemudahan | Projek | Mutakhir | Links | Hubungi Kami

Copyright 2001, Tuanku Kurshiah 3rd Residential College, University of Malaya, 50603,
Kuala Lumpur, Malaysia